IQNA

Secebis Amalan di bulan Rabiul-Awal:

Mari mulakan bulan-bulan musim bunga dengan ghusl dan puasa

8:22 - September 29, 2022
Berita ID: 3101595
TEHRAN (IQNA) - Bulan Rabiul-Awal adalah bulan terzahirnya rahmat Allah kepada manusia dengan kelahiran Nabi Besar Muhammad (SAW). Seiring dengan doa khusus hari ini, dianjurkan berpuasa, mandi - غسل - dan bersedekah.

Laporan IQNA; selepas bulan berkabung Muharram dan Safar dan selepas mereka mencipta epik yang berharga untuk menghormati Imam Hussain (as) dan para sahabatnya semasa upacara ziarah berjalan kaki Arbain, umat Islam berkabung atas kewafatan Nabi (SAW) dan Imam Hassan Mujtaba (as) dan menjadi pengkhidmat peziarah Imam Redha (as), umat Islam melanjuti langkah cinta mereka ke hari-hari Rabiul-Awal yang penuh ceria, cinta kasih dan diberkati.

Rabiul-Awal adalah musim semi bulan, kerana Tuhan telah memberkati dunia dengan rahmat terbesar bagi manusia, Nabi Muhammad (SAW), di bulan ini, dan dengan kelahiran ini, rahmat Tuhan telah ditunjukkan kepada dunia.

Malam pertama dari bulan Rabiul Awal adalah dikenal dalam sejarah Islam dengan Lailatul mabit - لیلة المبیت - Malam ketika Nabi (SAW) memulakan hijrahnya ke Madinah dan untuk melindungi Nabi (SAW) selamat hijrah, Hazrat Ali (as) tidur di tempat tidur Baginda Rasulillah (SAW).

Allahyarham "Syed Ibnu Tawus" menukil doa untuk hari ini dari kitab Iqbal, seperti berikut:

اللَّهُمَّ لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ یَا ذَا الطَّوْلِ وَ الْقُوَّةِ وَ الْحَوْلِ وَ الْعِزَّةِ

"Ya Allah, tiada Tuhan selain Engkau, wahai yang memiliki ketinggian, kekuatan, daya dan kemuliaan

َسُبْحَانَكَ مَا أَعْظَمَ وَحْدَانِیَّتَكَ وَ أَقْدَمَ صَمَدَانِیَّتَكَ وَ أَوْحَدَ إِلَهِیَّتَك

Maha Suci Engkau, betapa agungnya KeesaanMu, yang paling terdahulu keteguhanMu, dan paling Esa KetuhananMu.

َوَ أَبْیَنَ رُبُوبِیَّتَكَ وَ أَظْهَرَ جَلَالَكَ وَ أَشْرَفَ بَهَاءَ آلَائِكَ وَ أَبْهَی کَمَالَ صَنَائِعِكَ وَ أَعْظَمَكَ فِی کِبْرِیَائِك

Dan nyata Ketuhanan-Mu, tampak jelas keagungan-Mu, mulia serlak-Mu, dan cermerlang kesempurnaan perbuatan-Mu, dan keagungan-Mu dalam kebesaran-Mu.

َوَ أَقْدَمَكَ فِی سُلْطَانِكَ وَ أَنْوَرَكَ فِی أَرْضِكَ وَ سَمَائِكَ وَ أَقْدَمَ مُلْکَكَ وَ أَدْوَمَ عِزِّك

Terdahulu kekuasaan-Mu dan cahayaMu di bumi dan di langit-Mu, terdahulu Kerajaan-Mu dan kekal abadi keagungan-Mu

َوَ أَکْرَمَ عَفْوَكَ وَ أَوْسَعَ حِلْمَكَ وَ أَغْمَضَ عِلْمَكَ وَ أَنْفَذَ قُدْرَتَكَ وَ أَحْوَطَ قُرْبَك

Dan Mulia pengampunan-Mu dan luas impian-Mu dan Paling tersembunyi pengetahuan-Mu dan terlaksan kemampuan-Mu dan terpelihara kedekatan-Mu

أَسْأَلُكَ بِنُورِكَ الْقَدِیمِ وَ أَسْمَائِكَ الَّتِی کَوَّنْتَ بِهَا کُلَّ شَیْ‌ءٍ أَنْ تُصَلِّیَ عَلَی مُحَمَّدٍ وَ آلِ مُحَمَّدٍ

Aku meminta kepada-Mu dengan cahaya-Mu yang terdahulu dengan nama-Mu yang dengannya Engkau menciptakan segala sesuatu untuk memberkati Muhammad dan keluarga Muhammad."

Dianjurkan untuk mandi dan memakai pakaian yang bersih pada hari ini dan hari-hari penting lain dalam bulan Rabiul-Awal.

Juga Puasa sebagai kesyukuran atas keselamatan Nabi dan Amirul Mukminin daripada orang-orang kafir dan musyrik Pada hari pertama Rabiul-Awal.

Dan membaca doa awal bulan Rabiul Awal juga dianjurkan sebagai satu lagi amalan mustahab di bulan Rabiul-Awal.

4088105

captcha