IQNA

Ilmu Pengetahuan Al-Quran / 7

Hubungan antara daya tahan dan keagamaan

4:24 - November 29, 2022
Berita ID: 3101870
TEHRAN (IQNA) - Kehidupan manusia penuh dengan cabaran yang tidak dijangka. Setiap manusia dalam apa jua keadaan dan kedudukan menghadapi pelbagai masalah; dari masalah peribadi, keluarga dan sosial, tetapi tidak semua manusia mempunyai tahap toleransi; daya tahan, ketangguhan, keuletan, kekuatan menanggung atau tanggungjawab yang sama terhadapnya.

Laporan IQNA; Emosi negatif adalah salah satu emosi paling penting yang kita hadapi dan telah mengenakan kos yang besar kepada individu dan keluarga di seluruh dunia; kesedihan, kemurungan dan kebimbangan boleh disebut antara emosi negatif.

Apabila bercakap tentang perkara yang membuat kita sedih, kita nampaknya mempunyai reaksi yang sama terhadap peristiwa negatif atau situasi yang sukar. Sebagai contoh, kita berasa sedih apabila kita kehilangan sesuatu, dan kesedihan ini boleh menjadi sangat kuat sehingga ia mengambil alih kehidupan kita dan menjejaskan prestasi kita.

Kadang-kadang ketakutan mengatasi kita dan kita bimbang tidak mencapai matlamat kegemaran kita. Kita berasa sedih apabila hak kita hilang oleh mereka yang menguasai kita, sama ada pemerintah atau orang sekeliling.

Kita tidak boleh hidup dalam keadaan di mana kita tidak mempunyai sebarang masalah dan tidak menghadapi sebarang cabaran. Orang terdekat pun mungkin melakukan sesuatu yang tidak kita jangka dan tidak menyenangkan bagi kita.

Sudah menjadi kenyataan bahawa kesedihan dan penderitaan adalah sebahagian daripada kehidupan dan kehidupan dunia ini tidak dapat dipisahkan daripada kesedihan.

Biasanya kesedihan lebih lama dan kegembiraan lebih pendek dan ini adalah lumrah kehidupan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh ahli psikologi, hubungan antara kesihatan mental dan nilai keruhanian agama adalah mempunyai hubungan langsung.

Nilai keruhanian agama memberitahu kita sejauh mana kita boleh bertolak ansur dengan kesedihan. Oleh itu, toleransi terhadap tekanan dan kesusahan bergantung kepada sistem nilai keruhanian agama atau aliran pemikiran yang kita anut atau yang kita pegang, percayai dan iman padanya. Oleh itu, dengan meningkatkan nilai asas agama, ahli psikologi cuba meningkatkan toleransi orang terhadap tekanan dan ketidakselesaan.

Hubungan antara kesihatan mental, agama dan hubungan dengan Tuhan amat penting dalam konteks ini.

Sekiranya hubungan ini disambungkan, toleransi manusia dan penyelesaian masalah menjadi kukuh.

Hubungan dengan Tuhan menyediakan jalan keluar dari kesedihan dan mendedahkan cara untuk berharap dan mempunyai harapan.

Isu lain ialah mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan kemudaratan dan kesedihan, antaranya kita boleh menyebut tentang "syaitan" dan syaitan boleh menyusup masuk ke dalam hati kita untuk membisikkan fikiran negatif.

Kita sedih dan gelisah kerana hubungan kita dengan Tuhan terputus, dalam keadaan sedemikian, jalan terbuka untuk syaitan untuk masuk dan dia mengubah mentaliti kita dengan pemikiran dan mesejnya; Seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran:

الشَّیطانُ یعِدُکمُ الفَقرَ وَیأمُرُکم بِالفَحشاءِ وَاللَّهُ یعِدُکم مَغفِرَةً مِنهُ وَفَضلًا وَاللَّهُ واسِعٌ عَلیمٌ: شیطان

"Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan) kamu dengan kemiskinan dan kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma), dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan yang keji (bersifat bakhil kedekut); sedang Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaNya. Dan (ingatlah), Allah Maha Luas limpah rahmatNya, lagi sentiasa Meliputi PengetahuanNya." (Qs,Al-Baqarah 2:268).

captcha