IQNA

Pameran Antarabangsa Halal di Dubai

7:17 - February 16, 2022
Berita ID: 3100775
TEHRAN (IQNA) - 39 pengeksport makanan halal mempamerkan produk mereka di Pameran Makanan Teluk Antarabangsa Dubai.

Laporan IQNA, memetik Business World; ramai pengeluar makanan yang mempunyai sijil halal telah menyertai pameran ini yang bermula pada Ahad, 13 Februari lalu.

Kebanyakan pengeluar dari negara Asia Timur seperti Filipina dan Malaysia ini hadir di pameran tersebut.

Produk yang dipamerkan di pameran itu termasuk makanan dari tumbuhan, makanan laut yang diproses, buah-buahan dan sayur-sayuran, makanan tempatan sejuk beku, mi, kopi, koko, rempah ratus dan perasa.

GolfFood Sebagai salah satu pameran industri makanan terbesar di dunia, telah menarik sejumlah besar pemain utama dalam bidang makanan halal ke Dubai. Tahun ini, lebih 98,000 peserta profesional dari 120 negara dijangka mempersembahkan pelbagai produk di lebih 5,000 gerai.

Pameran ini berterusan sehingga Khamis, 17 Februari.

4036296

captcha