IQNA

Perarakan Mangsa yang terselamat dalam insiden Masjid New Zealand untuk Kedamaian

5:36 - March 02, 2022
Berita ID: 3100826
TEHRAN (IQNA) - Seorang mangsa yang terselamat daripada tembakan di Masjid Christchurch New Zealand telah mula berjalan kaki sejauh 350 kilometer ke bandar untuk mempromosikan Kedamaian- 'walk for peace'.

Laporan IQNA, memetik RNZ; Temel Atacocugu memulakan perjalanannya dari bandar Dunedin dan dalam dua minggu akan datang akan mencapai laluan yang sama di tempat insiden pembunuhan beramai-ramai Christchurch berlaku, untuk mengambilnya kembali dalam tindakan simbolik atas nama Kedamaian.

Atacocugu ditembak sembilan kali pada hari serangan 15 Mac 2019 ke atas Masjid Al-Noor Christ.

Atacocugu memberitahu RNZ bahawa adalah penting untuk membersihkan pengganas dari Dunedin dan Christchurch.

"Saya mahu menghapuskannya - ideologi perkauman di sebalik pembunuhan beramai-ramai Christchurch - dari tanah ini, itulah sebabnya saya melakukan berjalan kaki ini.

Supaya Masyarakat tidak mengingat pelaku serangan ke atas Masjid Christchurch dan ideologinya akan dilupakan, sebaliknya perarakan ini - kedamaian menentang kebencian - akan diingati selama-lamanya dan mungkin tercatat dalam sejarah New Zealand" katanya.

Aktivis Kedamaian itu dijadualkan tiba di Christchurch pada 15 Mac untuk menyertai peringatan ulang tahun ketiga serangan ke atas Masjid Al-Noor dan Pusat Islam Linwood.

Dalam perarakan ini, Atacocugu turut mengumpul derma kepada Badan Amal 'Kunci Kehidupan-Key to Life', Yayasan Kanser Kanak-Kanak dan Selamatkan Kanak-kanak-'Save the Children'.

Brenton Trant, lelaki yang serang membunuh di Masjid Christchurch pada 15 Mac 2019, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tanpa parol (tampa syarat bebas) pada Ogos 2020. Serangan itu membunuh 51 orang dan mencederakan berpuluh-puluh orang.

4039628

captcha