IQNA

Tilawah Qari berkesan abadi "Shahat Anwar" oleh kumpulan 'Tasnim' + Video

5:09 - March 09, 2022
Berita ID: 3100850
TEHRAN (IQNA) - Kumpulan koir nasyid dan puji-pujian Tasnim telah membacakan cebisan frasa-frasa Indah Surah An-Nisa ayat 135-136, daripada bacaan berkesan kekal Ustad Shahat Muhammad Anwar Qari terkenal Antarabangsa.

Laporan IQNA; Kumpulan Nasyid 'Tasnim' Wilayah Isfahan telah mengeluarkan video bacaan Al-Quran, berdasarkan Tilawah Indah berkesan abadi Surah An-Nisa oleh ustad Shahat Muhammad Anwar.

Kumpulan ini ditubuhkan pada 1392 Hijri Syamsi dengan kehadiran sebilangan pembaca muda dan ahlinya dalam lingkungan umur 16 hingga 20 tahun dan boleh dianggap sebagai antara kumpulan harmoni termuda di negara Republik Islam Iran.

Kumpulan Nasyid Tasnim telah mengambil bahagian dalam pertandingan kebangsaan berkali-kali, dan salah satu pringkat terpenting kumpulan itu menerima tempat pertama dalam pertandingan "Bayan" peringkat kebangsaan.

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُونُوا قَوَّامِينَ بِالْقِسْطِ شُهَدَاءَ لِلَّهِ وَلَوْ عَلَىٰ أَنفُسِكُمْ أَوِ الْوَالِدَيْنِ وَالْأَقْرَبِينَ ۚ إِن يَكُنْ غَنِيًّا أَوْ فَقِيرًا فَاللَّهُ أَوْلَىٰ بِهِمَا ۖ فَلَا تَتَّبِعُوا الْهَوَىٰ أَن تَعْدِلُوا ۚ وَإِن تَلْوُوا
أَوْ تُعْرِضُوا فَإِنَّ اللَّهَ كَانَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرًا

"Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau ibu bapa dan kaum kerabat kamu. Kalaulah orang (yang didakwa) itu kaya atau miskin (maka janganlah kamu terhalang daripada menjadi saksi yang memperkatakan kebenaran disebabkan kamu bertimbang rasa), kerana Allah lebih bertimbang rasa kepada keduanya. Oleh itu, janganlah kamu turutkan hawa nafsu supaya kamu tidak menyeleweng dari keadilan. Dan jika kamu memutar-balikkan keterangan ataupun enggan (daripada menjadi saksi), maka sesungguhnya Allah sentiasa Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan." (QS, An-Nisaa' 4:135)

 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا آمِنُوا بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي نَزَّلَ عَلَىٰ رَسُولِهِ وَالْكِتَابِ الَّذِي أَنزَلَ مِن قَبْلُ ۚ وَمَن يَكْفُرْ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ فَقَدْ ضَلَّ ضَلَالًا بَعِيدًا

"Wahai orang-orang yang beriman! Tetapkanlah iman kamu kepada Allah dan RasulNya, dan kepada Kitab Al-Quran yang telah diturunkan kepada RasulNya (Muhammad, s.a.w), dan juga kepada Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripada itu. Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada Allah, dan Malaikat-malaikatNya, dan Kitab-kitabNya, dan Rasul-rasulNya dan juga Hari Akhirat, maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh." (QS, An-Nisaa' 4:136)

 

4041295

captcha