IQNA

Manusia, penderitaan dan kehidupan

9:01 - May 07, 2022
Berita ID: 3101051
TEHRAN (IQNA) - Memasuki syurga akhirat adalah ganjaran yang datang dengan kerja keras di dunia. Ini adalah pandangan popular yang telah dikemukakan dalam pandangan ketuhanan dan agama untuk menanggung penderitaan dunia. Tetapi adakah cara lain selain ini?

Laporan IQNA; Hujjat-ul-Islam dan Muslimin Reza Baranjkar, pakar "Teologi Islam"- Kalam Islam, dalam pra-persidangan konferensi "Teologi Praktikal"- Ilaahiat Amali, membincangkan teologi praktikal dan teologi penderitaan, yang boleh anda baca di bawah:

Teologi praktikal bertujuan untuk mengawal penderitaan yang dirasai seseorang dan membantunya menguruskan penderitaan ini.

Pendekatan ini seperti sains perubatan, yang mengenal pasti kesakitan pesakit dan menetapkan ubat yang sewajarnya, dan perubatan adalah teologi praktikal.

Kebaikan dan kejahatan duniawi berpotensi menjadi antitesis mereka dan akhirnya boleh memberi manfaat atau membahayakan manusia.

كُتِبَ عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ وَعَسَى أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci; dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (Qs, Al-Baqarah 2: 216).

Falsafah hukuman Ilahi

Tujuan hukuman Ilahi adalah untuk menyedarkan manusia dan mengembalikannya kepada Tuhan. Dalam beberapa ayat Al-Quran, seperti ayat:

ظَهَرَ الْفَسَادُ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ بِمَا كَسَبَتْ أَيْدِي النَّاسِ لِيُذِيقَهُمْ بَعْضَ الَّذِي عَمِلُوا لَعَلَّهُمْ يَرْجِعُونَ

"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)." (Qs, Ar-Ruum 30:41).

Penyebab - punca beberapa hukuman adalah kerosakan manusia itu sendiri, dan sudah tentu matlamat akhir adalah kembalinya manusia kepada Tuhan.

Adapun penderitaan yang bukan untuk hukuman juga mempunyai hikmah, sebagai hikmah umum; pengukur iman dan kadangkala peningkat rohani manusia.

Jawapan bagi yang tidak mahukan penderitaan dunia mahupun akhirat

Seseorang mungkin berkata bahawa kita tidak mahu penderitaan dunia dan akhirat. Pertama, mudah untuk ke syurga, tetapi sekalipun syurga tidak ada, kita lebih suka "kehidupan" yang bercampur penderitaan dan kesenangan daripada "tidak ada kehidupan - hampa".

Semua manusia, walaupun ateis, hidup dalam kesakitan dan penderitaan, dan di kalangan ateis, hanya sebilangan kecil yang membunuh diri.

Kita tercampak ke ruang kewujudan - ada kehidupan, ada dua jalan di hadapan kita;

Salah satunya ialah berusaha menambah kenikmatan dan mengurangkan penderitaan, dan satu lagi ialah memprotes dan berputus asa apabila menderita.

Sekarang jika kita meletakkan Tuhan ke dalam pertimbangan yang sama, maka kita menemukan janji ada kehidupan yang lebih baik untuk dunia dan akhirat.

4036074 

captcha