IQNA

Hujjatul-Islam Nejati menjelaskan;

Pengulangan berterusan kehancuran Baqi di dunia Islam

10:27 - May 11, 2022
Berita ID: 3101064
TEHRAN (IQNA) - Pengarah Unit Penyelidikan Baqi Institut Haji dan Ziarah, sambil mengingatkan bahawa kemusnahan makam para nabi berterusan di dunia berdasarkan pemikiran ekstremis Wahhabi, berkata: Konfrontasi tentera dengan pemikiran ekstremis tidak mencukupi.

Laporan IQNA; Tanggal 9 Syawal bertepatan dengan ulang tahun kemusnahan Tanah Perkuburan Baqi (kemusnahan total Perkuburan Baqi berlaku sekali pada tahun 1806 Masihi dan sekali lagi pada tahun 1926 Masihi); Tanah perkuburan yang mempunyai nilai warisan hebat dunia Islam, telah dirompak dan dimusnahkan akibat kebangkitan kuasa pendokong pemikiran ekstremis wahhabi atas nama Islam.

Ketika Wahhabi memerintah Arab Saudi, di Mekah kubah makam Hazrat Abdul Muttalib (ra), Abi Talib (ra), Khadijah (ra), tempat kelahiran Nabi (SAW) dan Fatimah Zahra (as), Khizran; tempat ibadah khas Nabi (SAW), makam "Hawa" di Jeddah dan makam-makam lain, telah dimusnahkanya dan kemudian mereka pergi ke Madinah dan membedil kubah Nabi (SAW), dan itu disambut oleh hanya pengisytiharan perang dan ancaman dari Negara-negara Islam sehingga menghalang pemusnahan makam Nabi Islam (SAW).

Wahhabi memusnahkan makam empat Imam yang maksum (as) dan menjarah semua khazanah dan hadiah berharga yang mempunyai nilai material dan sejarah yang sangat signifikan.

Penghancuran makam Imam Hussein (as), pengulangan pengeboman di makam suci Samarra, pengeboman di makam suci Imam Reza (as), pemusnahan kubur Hijir bin Adi..., dan lain-lain juga merupakan tragedi yang telah berlaku di dunia mengikut fahaman yang sama dengan Wahhabi.

Tetapi bagi dunia Islam Apakah pengajaran yang harus diambil dari peristiwa-peristiwa ini?

تکرار مداوم تخریب بقیع در جهان اسلام

Hujjatul-Islam Muhammad Saeed Nejati, pengarah Unit Penyelidikan Baqi Institut Haji dan Ziarah dan ketua Sekretariat Kongres Baqi, memberitahu IQNA pelajaran yang harus dipelajari oleh umat Islam di seluruh dunia daripada malapetaka kemusnahan Baqi, berkata: "Daesh - tentara takfiri- tidak boleh memusnahkan tapak keagamaan di Iran, tetapi memusnahkan ratusan makam suci di Afrika Utara, Iraq, Syria, dan sebagainya."

Beliau menambah: "Daesh -tentara takfiri- mempunyai ideologi ekstremis yang berasaskannya ia mencipta saling membunuh antara orang Islam, di Afghanistan, Pakistan, dan lain-lain, ia masih membunuh orang Islam dengan ideologi yang sama."

Dalam hal ini, Allamah Sharafuddin dalam salah satu proklamasinya berkenaan dengan penghancuran Baqi memberi amaran kepada semua umat Islam bahawa jika anda tidak menghapuskan akar barah ideologi daesh -takfiri- ini daripada masyarakat Islam, maka pertumpahan darah dan jenayah akan terus berlaku.

Hujjatul-Islam Nejati akhirnya menyatakan: "konfrontasi dengan gerakan daesh -takfiri- dan usaha memberi perlindungan dan pembelaan secara ketentaraan pada tempat-tempat suci itu perlu pada satu ketika, tetapi lebih daripada konfrontasi ketenteraan dan emosi, konfrontasi ideologi dan rasional lebih diperlukan untuk membetulkan pemikiran ekstremis; Konfrontasi tentera dengan pemikiran ekstremis tidak mencukupi. Kemusnahan adalah bertentangan dengan dialog, dan asas kemusnahan adalah pendapat yang tidak menghormati orang lain."

* Seyyed Abdul Hussein Sharafuddin Musawi Amuli (1377-1291 Hijrah) adalah seorang mujtahid Syiah dan menganjurkan penyatuan agama Islam. Beliau berusaha untuk menyatukan Syiah dan Sunni dan menyelesaikan punca perselisihan mereka. Sharafuddin juga merupakan salah seorang pemimpin gerakan kemerdekaan Lubnan. Dua kitab - المراجعات - النص و الاجتهاد - Rujukan, teks dan ijtihad - itu adalah antara karya terbaik beliau untuk membuktikan kesahihan Syiah dengan sastera ilmiah dan jauh sekali dari menghina dan mencela. Kedua-dua buku ini telah diterjemahkan ke dalam bahasa yang berbeza dan telah menarik perhatian ramai Muslim Syiah dan Sunni.

 

4055967

captcha