Allah SWT berfirman;
ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ حُرُمَاتِ اللَّهِ فَهُوَ خَيْرٌ لَهُ عِنْدَ رَبِّهِ
"Inilah (hukum haji) dan sesiapa yang menganggap perkara yang dimuliakan Allah itu besar dan mulia, tentulah yang demikian itu lebih baik baginya di sisi Allah." (Qs, Al-Hajj 22:30).
ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
"Inilah (kebenaran) dan sesiapa yang menghormati dan memuliakan syiar-syiar agama Allah, ini adalah salah satu ciri hati yang bertaqwa." (Qs, Al-Hajj 22:32).
Menghormati dan memuliakan perkara-perkara yang dimuliakan oleh kitab suci Tuhan yang menjadi imej, syiar dan agamaNya, sudah tentu dinilai baik di sisiNya dan menjadi pembukti ketaqwaan hamba-hamba Allah SWT.
Masjid adalah salah satu imej agama Islam, tentu memiliki kehormatan dan kesucian yang istimewa dalam pandangan orang-orang yang beriman kepada Allah SWT. Penggunaan istilah-istilah untuk memberi penghormatan dan memuliakan Masjid yang dianggap sebagai rumah suci Allah dan paksi untuk mengagungkan Allah dengan zikir dan solat serta pusat penerangan, pembelajaran, dakwah dan mesyuarat dan menyusun serta mentadbir masyarakat muslimin, sebagai tugas bagi para muktamir - penziarah masjid yang Allah SWT sendiri telah menyatakan sifat-sifat orang yang layak untuk memakmurkan rumahNya adalah sebagaimana dalam firmanNya;
إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ
"Yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan solat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapapun selain kepada Allah. Mudah-mudahan mereka termasuk orang-orang yang mendapat petunjuk." (Qs, at-Taubah: 9 : 18).
Masjid Al-Aqsa di bumi Al-Quds Al-Syarif - Palestin, semua sedia maklum bahawa ribuan tahun sudah menjadi pusat dan paksi umat Islam, mukmin, penyembah Tuhan - Allah SWT, sebagai rumah suci Allah kedua, setelah Kaabah Masjidil Haram Makkah yang didirikan oleh para hamba murni Allah, para NabiNya yang mulia; Nabi Allah Ibrahim, Ismail, Daud dan Sulaiman adalah nama-nama nabi Allah yang berkaitan dengan pembangunan tempat-tempat ibadah kepada Allah SWT ini, Tuhan yang telah mengutus Nabi paling Agung, Khatamul Anbiya, sayyidina wa nabiyyina Muhammad SAW, yang meriwayatkan kisah-kisah benar sejarah umat manusia dan sebagai penyempurna risalah Ilahi yang dibawa oleh nabi-nabi Allah sebelumnya, melalui lisan wahyu Allah - Al-Quran, Nabina Muhammad SAW, telah menjelaskan perkara-perkara penting; syiar-syiar Agama Allah SWT ini, yang juga pasti menjadi kewajipan bagi umat Islam kontemporari untuk berdepan langsung dengan segala bentuk penistaan, pencerobohan, penjajahan dan perampasan atas hak-hak yang sudah menjadi syiar-syiar Islam - Agama suci Tuhan, cukup kiranya satu ayat, firman Tuhan ini, menjadi hujjah yang nyata untuk umat Islam yang beriman kepada Allah dan NabiNya untuk memperjuangkan kemerdekaan kembali bumi suci Al-Quds, masjid Al-Aqsa dan umat Islam Palestin:
ذَٰلِكَ وَمَنْ يُعَظِّمْ شَعَائِرَ اللَّهِ فَإِنَّهَا مِنْ تَقْوَى الْقُلُوبِ
"Inilah (kebenaran) dan sesiapa yang menghormati dan memuliakan syiar-syiar agama Allah, ini adalah salah satu ciri hati yang bertaqwa." (Qs, Al-Hajj 22:32).
Oleh itu perumusan slogan-slogan pemangkin semangat perjuangan suci menuju pembebasan kembali Al-Quds As-Syarif, termasuk cetusan satu hari khusus sebagai- Hari Al-Quds - di hari Jumaat akhir bulan Ramadhan untuk unjuk rasa menentang keganasan dan perampasan serta penjajahan yang dibuat oleh rejim zionis Israel atas rakyat, tanah air dan kehormatan kesucian Islam dan umat Islam serta umat manusia yang mukmin dari kalangan kaum kristiani dan yudais serta perihatin terhadap penderitaan dan jenayah rejim apartheid ini atas kemanusiaan di Palestin.
Kumpulan slogan-slogan gempak menuntut kembali kemerdekaan Palestin: